Wednesday, 1 April 2015

GST Oh GST!

Assalamualaikum dan err... *tengok jam dinding* selamat pagi? Ya, sekarang jarum jam sudah menunjukkan jam 1.07 pagi dan aku masih terjaga. Hoho poyo je ayat. Okey okey serius!

Emm so sementara gua sedang menunggu panggilan tersayang dari universiti or kolej or matrik, pohon-pohon anggur di rumah ini telah pun berbuah dengan lebatnya. Eheh. Dah boleh bukak bisnes jual anggur. Nampak tak betapa pehmalasnya
haku ni. Muahahah

Okey sekarang baru serius. GST hmm... Bila nampak perkataan ni, mulalah bising pasal harga barang naik, taxes, guna duit rakyat, macai ini macai itu dan macam-macam lagi yang aku sendiri malas nak taip. Inche gugel kan ada pergi tanya dia. First thing, it is about price especially groceries. Kita semua dah sedia maklum yang ada harga barang tertentu sudah naik. Maka bermulalah ayat pengomen tegar yang berbunyi begini:

"Harga barang naik, gaji tak naik-naik"

Lepas tu, pasal taxes. Ya ada cukai yang dikenakan lebih mahal berbanding GST tapi sejak kelahiran GST harga barang tsb jadi lagi murah. Aku budak lagi so ya lah mungkin aku tak rasa lagi penangan GST. Tunggu masa ja ni.

Then, ada pulak pasal perdana menteri guna duit rakyat beli jet. Benda ni dah ada orang tanya masa dalam parlimen baru-baru ni. Tapi end up tidak berjawab. Saja lari dari soalan le tu. Heh. Ada jugak cerita pasal perdana menteri menindas rakyat. Hmm tu aku no comment sebab aku mungkin setuju.

Ya lah... Cuba la jenguk-jenguk Youtube tu ha. Taip Bersamamu TV3. Anak ramai sekolah, rumah besar mana ja pun, tinggal kat ceruk tok kun, makan apa yang ada ja, gaji pun sat turun sat naik, kadang tu harap gov bagi duit. Tak rasa macam menindas ka? Depa benda yang sedia ada pun tak mampu nak beli. Ni kan pulak dah tambah GST.

Lain la dengan orang atasan. Duit dah berkepuk, rumah kalau boleh nak sebesar alam, makan kemain mewah, salary always consistent tak pun makin bertambah.

So back to the point, aku setuju GST ni memang untuk pembangunan ekonomi dan apa-apa jenis pembangunan la yang hangpa nak buat. Tapi jurang antara rakyat beza banyak dari segi ekonomi. So sangat tak sesuai sebab bukan semua orang ada gaji beribu riban. Also ianya merugikan banyak pihak.

And lastly, my advice for you guys out there. Jangan pung pang kemain. Nak kutuk maki pun agak-agak la. Kat dunia internet ni, petik jari ja hang boleh jadi viral. Maksud viral di sini bukan peymes ya. You are being judged simply by your attitude. So remember, when you talk, always bring your brain.

Assalamualaikum :D

No comments: