Tuesday 20 January 2015

Life is a competition

Assalamualaikum

Disebabkan aku mengalami kebuhsanan tahap infinity, aku pun menyemak la kat blog ni. Taktau la nak cerita apa tapi nak cerita jugak. Nak jugak. Naaak jugak. Dah kenapa dengan aku ni... Kasi backhand baru ada akai kot!

Okey cukup lah kot merapu tu. Let's get to da point. So about competition. Hang hidup untuk bersaing. Kalau tak bersaing, hang tak dapat apa. That's the world you are living today. Bunyi dia macam kejam tapi tu lah realiti. Hang nak keja kat company A, kena bersaing dengan orang lain. Orang lain pun nak keja jugak. Bos pun bukan main suka hati ja pick pekerja. Dapat pekerja taktau apa, gulung tikaq la company tu.

Student pun compete jugak. Kalau tengok yang lari marathon tu, dapat nombor satu menang hadiah. Hidup student pun cenggitu jugak. Penat 'belasah' student lain untuk rank first, kena aa bagi hadiah. Penat dia perah otak, berhempas pulas study tapi tak dapat apa. Tampaq laju-laju mau? Hehe...

So my main point is if you win, you will be rewarded. If you lose, you get nothing. If I have one word to describe all of this, it will be... GREED. Yeaaa... greediness. Us, mankind, we are very greedy. Tidak dapat disangkal lagi. Bak kata Papazola, kebenaran... tak pernah menipu! Eheh.

Lagi satu, bila kita dah dapat apa yang kita nak, kita aim benda yang lagi besar. Tu sifat manusia. Lumrah orang kata. Sepatutnya kita dah puas hati dan gumbira bila dah dapat apa yang kita nak. Takkkkkk... Kita aim benda yang lagi besaq, lagi grand! Sebab ada orang kata 'When you are happy, it's better to double the happiness'. Sapa kata? Heh... Tak lain dan tak bukan, aku lah. Mueheheh

Tu je gua mau cerita. If you think this entry is ridiculous, sila berhambus lah kamu dari sini dan jangan jejakkan lagi tapak kaki kamu ke mari. Wahahah... Just joking. Well, that's it for today. Good day, people!

Monday 19 January 2015

Future

Assalamualaikum

Okey, so future... future... emm... *krik krik* Haih, aku pun taktau apa nak jadi dengan masa depan aku. Banyak sangat yang aku pikir. Dah semak samun pun dalam kepala ni. Semenjak habis SPM, aku duduk memerap ja dalam rumah. Tak keluar langsung. Sudah terang lagi bersuluh yang aku ni memang pemalas orangnya.

Dah 17 belas tahun aku hidup, cita-cita pun tak set lagi. Aku ingat lagi masa sepupu aku dapat offer pergi Australia dalam course psychology, aku sangat lookup dengan dia. Well, budak MRSM kot. Hanya dengan result trial SPM... poof! Terbanglah dia ke Australia which is gonna be this February. Dia dapat offer tu pun 2 tahun lepas tapi tahun ni baru fly sebab dia kena buat prep sebelum pergi sana. Obviously la kan. Takkan engko nak pegi sana membuta taktau apa ye dok?

Sejak daripada tu lah, aku mula memasang angan-angan mat jenin. Aku nak ambik course psychology lah! Nak study oversea lah! Nak study gila untuk trial lah! Dan macam macam punya lah lagi. Hmm, cenggitu la ceghitanya. Masa trial SPM tu, aku study macam orang separuh nyawa. Tidur pun pukul 2 pagi. Subjek sejarah lah yang paling aku strive hard sekali. Marathon punya study sampai tak tidur langsung. Sebab aku dah tidur puas puas petang tu. Hehe...

Tapi, at the end, result trial tak gempak mana pun. Frust jugak aku. 3A ja yang mampu. alhamdulillah la takdak gagal. Anyway, satu hari, pakcik aku tanya aku nak ambik course apa nanti. Ragu ragu jugak la aku. Aku jawablah psychology sebab aku terinspire baca satu buku ni pasal psychology. Laju je pakcik aku cantas harapan aku tu.

Katanya budak psychology peramah, bukan macam aku... tak reti nak bergaul dengan orang. Walaupun aku agak tak puas hati dia kata macam tu, hakikatnya benda tu betul. Dia buat aku congak dan pikir lagi sekali pasal course yang aku nak ambik nanti. My second choice is medic. Well, medic was supposed to be my first tapi disebabkan terpengaruh punya pasal dengan buku psychology tu... medic jatuh satu anak tangga. Eceh!

Cita-cita aku nak jadi doktor pakar bedah. It seems kinda impossible because when I was 16, I studied at sekolah teknik. Di mana selama 2 tahun tu aku memang tak didedahkan langsung dengan subjek biology. Sedih wei. Nak nyesal pun dah tak guna. Dah la aku budak akaun. Memang terpesong jauh dengan jalan yang benar. Ayat kemain!

Tapi takpa... Maybe every cloud has a silver lining. Betoi ka idiom aku? Lebih kurang la tu. And yea... Di sebalik 2 tahun kegusaran tu ada jugak hikmah. Peluang aku nak jadi doktor tu still ada lagi. So aku tak boleh give up. Makcik aku dulu budak teknik jugak and now dia nurse. Sekali lagi, aku terinspire.

Aku dah isi matriks dan apply sains. Matriks mungkin my last resort kalau tak dapat tawaran mana mana tempat. Banyak kali jugak aku pikir, betul ka apa yang aku buat ni? But it's much more better dari jadi budak akaun. Serious talk, aku memang tak boleh catch up dengan akaun. C tu adalah gred normal aku. Tapi bukan salah cikgu akaun aku. Aku memang tak terer pun. Nampak tak kelembapan otak aku di situ.

And thus, I made my choice! I'm going to be a doctor no matter what happen. Tak kisah la aku ni budak teknik ka budak akaun ka, aku nak jugak jadi doktor. Aku agak fascinated tengok cerita pasal doktor doktor ni. How they save many lives and to me they're like a life-saver. Of course la with the God's help. Kun fayakun.