Friday 10 April 2015

Lazy

Assalamualaikum.

Lazy jika dirujuk dalam kamus Oxford Inggeris-Bahasa Melayu bermaksud malas. Atau dalam kamus orang utara kami panggil malaih. Aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang malaih. Kalau nak buat satu kerja tu la, tak sah kalau aku tak procrastinate. Aku ingat lagi, dulu time aku kat sekolah teknik, aku akan bawak balik homework bila cuti panjang.

Bila balik asrama, semua orang kalut tanya homework sapa dah siap. Aku rilek ja duk kemas barang dalam loker (lebih kepada campak semua barang dalam loker. Tak kemas pun. Hahah). Lepas tu kunyah kunyah makanan sambil usha kawan kawan aku siapkan homework depa. Dua tiga orang dormmate aku tanya aku:

"Weh Ain, hang siap dah homework Chemist, Physics dengan Addmath?"
"Buku essay Chemist aku hilang, Physics ada yang tak siap. Addmath dah."
Actually aku dah lama buat Physics dengan Addmath. Dari sebelum start cuti lagi aku akan pulon bagi siap. Tapi tak siap jugak. And my friend will end up borrowing my homework and copy them ASAP.

Physics, Math dan Addmath merupakan subjek peberet aku la. Sebab semua kira kira. Semua pakai logik. Tu antara homework yang aku akan buat dulu. Yang lain aku anggap macam dah hilang dalam kebakaran setinggi 1500 meter. BM, Sejarah, Chemist dan Akaun antara homework yang aku memang takkan sentuh. As you can see, most of these subjects cause me to divide my brain into two equal part. One for literature and one for calculation. Err... I can't do both, duh. Bila orang tanya pasal 4 subjek tu, aku dengan selambanya jawab:

"Tak sentuh pun."
"Homework aku tu suci, bersih lagi berseri."
"Habuk apa pun tadak."

Dan macam macam lagi la jawapan aku. Mula mula tu depa terkejut sebab kenapa aku boleh rilek ja. Tapi lama lama tu depa pun dah lali dengan aku. So I said to myself, "Lepaih ni hang toksah duk gatai bawak balik homework. Buat berat beg ja! Bukan hang buat pun." Ya, selepas itu aku tak pernah lagi bawak homework balik rumah. Aku duk rumah tengok tv ja. That is because if I do bring them home, for sure I won't finish it. And I am a master of copying. So there should be no problem for me to finish it fast before my teacher ask for it. Heh! *Libas tudung*

I procrastinate a lot. So before I went back home for a two weeks school holidays, I pushed myself to the limit to finish all of it because I know I won't do it during the holidays. At that time, most of my friends were laughing and enjoying their time talking about plans to do when they're home. And there I was in the middle of the dorm, sitting near a study table, diligently doing my homework. My friends would go and said to me:

"Awai lagiiii... Hang duk buat rajin ni pasaipa?"
*Senyum tak ikhlas sebab rasa macam kena perli*
"Cuti nanti aku nak rilek puaih puaih!"
"Alaa... cuti pun belum hang dah start buat dah."
"Sebab aku ni pemalaih, so aku kena siapkan awai awai. Satgi bukan aku buat pun."

Kalau orang tanya, aku jawab camtu ja la. Lagipun, time tu kalau ada apa apa yang aku tak paham boleh aku tanya kawan. Kalau kat rumah, jenuh call tanya pasal homework. Perabih credit ja. Nasib baik GST takdak lagi time tu. Lega.

Tapi sepanjang aku buat tu, banyak sungguh perlian yang aku terima. Adeh stress jugak hotak aku ni. Takpa abaikan ja. Nasihat diri aku sendiri. Lepas cuti, baru la aku nampak pelangi di sebalik hujan. Happiness to me is when I see my friends work themself to death trying to finish their homework. Dulu kemain seronok gelak kat aku. Now who's the one laughing? Muahahahah.

Takdak la, memain ja. Aku tak gelak pun kat depa. Though deep down, I was glad I decided to do it before school holidays. Nampak dak moral of the story dia? Kalau hampa seorang procrastinator yang tegar seperti aku, aku galakkan hampa buat camni. Tu pun kalau hampa nak result bagus dalam SPM. Result aku tak cekang mana pun. Tapi alhamdulillah la. Kalau dah tangguh pun takmau buat jugak, result dapat teruk pun still buat taktau. Sila mati dengan segera ya. Okey, aku melawak ja. Baik hang takyah belajaq lagu tu. Haih.

Tu ja aku nak cakap untuk hari ni. Sekian, assalamualaikum.

Thursday 9 April 2015

Psychopath

Assalamualaikum manusia manusia sekalian.

Tajuk tu tulis psycopath. Tau dak psychopath tu apa? Haa nasib baik aku ni tiba tiba rasa rajin nak jadi pengganti Inche Gugel. Inche Gugel, no offense ya. Hahah. Okey it means an unstable or aggressive people. Which also means that a person who has chronic mental disorder with violent social behavior. Murder for example.

Sebenarnya motip aku nak tulis pasal psycopath ni adalah disebabkan kes 'pembunuhan' yang baru aku lakukan semalam bertarikh 8 April 2015 yang bertempat di kampung aku. Ya, pada masa itu matahari sedang terpacak di atas kepala. Tetapi mujurlah redup sedikit. Aku berjalan menuju ke dapur. (FYI, tempat ni bukan kat dalam rumah. Tapi backyard la. Orang kat rumah aku semua panggil 'belakang' atau dapur sebab tempat tu dekat dengan dapur.) Aku tercegat di depan pintu dapur aku, ditemani dengan dua ekor kucing peliharaan kami bernama Panda dan Cantik. Tak perlu la kot aku cerita macam mana depa dapat nama tu. Maybe next time k.

Aku nampak sangkar tikus atas lantai kat luar. Oh, nampaknya pakcik aku nak bunuh tikus freshly caught last night. Tikus malang tu masuk perangkap tikus hari sebelumnya tu. Alangkah malangnya nasib kau tikus. So as I was looking at the mouse trap, there was this weird looking thing that I am very sure I have never seen them in my whole entire life. Nak tau benda apa? Anak tikus. To my surprise seeing that, I blurted out what's inside my head to pakcik.

"Eeii! Benda pa tu?"
Again, I was surprised hearing his answer.
"Anak tikus."

Err, why da heck dia kaler pink and hairless? I mean, tak nampak cam mak dia pun! Kelabu dan berbulu. Tapi satu persamaan ada di situ. Dua dua hodoh. Yeah. Hahahah. Anak tikus tu ada dua ekor. Satu ada kat luar sangkar dan satu lagi dengan mak dia kat dalam sangkar. Mungkin terkeluar dari lobang sangkar kot yang sekor tu. Anyway, I'm the curious type so I asked pakcik.

"Cenna dia boleh beranak?"
"Mungkin dia stress sangat kot. Tu yang terberanak tu."

Mungkin jugak. Ya lah, mak tikus tu kena tangkap malam sebelumnya. Dia dah duduk kat dalam sangkar tu almost sehari. Mungkin dia stress kot sebab aku tengok dia tak bergerak pun. Dan masa tu lah, Murderer #1 datang mengelilingi sangkar tersebut. Pakcik aku menuding jarinya ke arah anak tikus di luar sangkar kepada Murderer #1. Ngappp!! Murderer #1 mengunyah anak tikus tu tanpa belas kasihan. Tak sampai 5 saat, dia dah telan. Gelojoh betoi hang ni.

Kucing kami bernama Cantik rasa nak makan lagi lepas dia 'bunuh' anak tikus tu depan mak dia. Pakcik aku blah meninggalkan tempat kejadian. Sebelum tu, dia suruh aku pegi rendam tikus tu dalam parit. Kami ada parit kecik kat area dapur tu. Selalunya kalau dapat tikus, kami either akan rendam dalam ayaq parit atau jemuq dia tetengah panaih. Ni lah akibat dia kalau hang jadi parasit! Hoho.

Aku main main la dengan tikus tu. Main main di sini bukan bermaksud pegang ya. Harap maklum. Aku angkat la sangkar tikus tu dan tunjuk kat Cantik. Cantik bau bau anak tikus tu. Dia pun mula la poke poke anak tikus tu. Bergolek la dia ke hujung sangkar. Time tu aku tengah rakam jenayah yang Cantik buat tu. Cantik cuba poke lagi sekali supaya anak tikus tu terkeluar dari sangkar tu. Poke poke poke dan akhirnya setengah badan tikus tu terkeluar dari lobang sangkar. Cantik tu tak pikiaq pa dah. Terus dia ngappppp!!!

Serius ni, bunyi ngap tu bukan sound effect semata mata. Memang ada bunyi betui. Dia gonyeh gonyeh itu tikus lepas tu terus telan. Habis ja aku rakam tu aku terus tunjuk kat pakcik aku. Aku tergelak bila tengok video tu. Dah la lepas tu si Cantik tu buat muka tak bersalah. Tak guna. Pakcik aku kata

"Kejamnya! Suruh Cantik bunuh anak anak dia depan mak dia!"

Aku gelak ja. Lepas tu aku keluar balik pergi dapur. Time to exterminate you! Aku pegang tali yang dah diikat kat sangkar tu. Lepas tu aku rendam slow slow sampai 3/4 paras air tu. Wah, tikus tu mula bergerak randomly bak kata bahasa Kimia. Turun naik turun naik dia dalam sangkar tu. Trying to escape la katakan. Dalam seminit camtu lepas tu aku angkat. Usha usha sat lepas tu aku rendam balik dengan cara yang sama.

Aku tunggu. Cantik ada kat sebelah aku. Kami kan bersekongkol. Maklumlah, dia dah jalankan tugas dia. So aku pulak la kena jalankan tugas aku sebagai Murderer #2. Muahahah. Lepas tu aku rendam completely. Ada lah dalam 20 saat cenggitu. Aku angkat balik. Take your breath while you can, little parasite, bisik kepala aku.

Aku rendam balik. Nak tengok ada bubble kecik tak macam yang dalam tv tu. Alaa yang bila orang lemas tu mulut dia keluar udara di mana proses tu menghasilkan bubble. 2 saat lepas tu. Yep ada. This time, I decided to rendam dia lama lama. Malas la nak tunggu tunggu ni. Leceh. Sebab takda action. Tak habis habis bergerak macam tu ja.

Tiba tiba! Tikus tu mula bergerak secara vigorously! Daripada pergerakan kecik macam dalam cerita Ratatouille tu kepada pergerakan katak berenang. Peh, macam athlete aa. Dihentam hentamnya sangkar tu. Desperate sangat dah ni. Tapi sorry to say, tiada ihsan bagimu.

30 seconds lepas tu, dia terlentang dalam air dengan mulut ternganga menunjukkan gigi dua batang kaler kuning yang tak pernah diberus sejak lahir. Mati dah? Aku goncang sangkar tu. Dia tak bergerak. Perut bloated. Mata no reaction. Badan dia stiff semacam. Okey, let's consider this as a shocking death. Aicewah! Padahal aku yang pi rendam dia.

Aku tak berani nak rakam. Takut nak rendam benda lain, benda lain pulak yang terendam. Tak sanggup aku. Aku cerita kat pakcik aku. Pakcik aku kata camni.

"Jahatnya... Kamu buat slow death kat tikus tu. Dah lah anak dia kena makan depan dia, pastu kamu buat slow death pulak. Menyiksa minatang."
"Alaa... Saya nak tau camna dia mati. Dia berenang cam katak tadi. Laju gila."
"Memang la! Paru paru dah masuk air kot."
"Hahah best la. Nanti kalau dapat lagi saya nak rendam lagi."
"Hmph... Pakcik dah bosan dah pun rendam tikus tu. Banyak kali buat masa kecik dulu. Sampai berdarah darah hidung pun ada."
"Huyooooo mesti lama nak kena tunggu."
"Memang la."
"Pakcik lagi kejam. Buat slow death sampai berdarah hidung dia."
Dia gelak ja.

So tu lah ceghitanya. Lebih kurang cam psychopath ja aku ni. Sebab aku teringin nak bunuh lagi. Hahahah. Cuma aku takdak chronic mental disorder la. Diulang, aku takdak chronic mental disorder. Okey, penat la cerita pasal pembunuhan tak berasas ni. Tu ja la untuk hari ni. Night guys! >.•

Wednesday 8 April 2015

What You Did Is What You Get

Assalamualaikum and hello everyone!

About judgemental. Yea aku tau semua orang ada sifat tu. But can't you guys just keep it to yourself? I mean, do you really have to tell them directly to their face what you think of them? Okey, aku mengaku aku pernah buat jugak tapi tu masa zaman jahiliyyah aku. Wayar otak tak bersambung lagi time tu. Sekarang, aku seboleh boleh bolehnya cuba untuk elak buat benda tu.

Orang yang suka judge orang lain ni sebenarnya dia rasa diri dia lagi bagus walaupun hakikatnya tidak. Mungkin ada sesetengah orang yang menafikan perkara ni. But kemon la people, just admit it. Majority of us did think that we are better than others. I said majority okey. Not everyone. I am also included in those majority.

You don't know what those people are going through and you just simply said bad things to their face. You are just making their life more miserable. Did you know that mental pain sometimes feel like physical pain? Yea for those who doesn't know, now you know it.

These kind of people have a bad influence for others. Ya la, orang macam ni la yang selalu buat orang lain putus asa untuk buat sesuatu yang baik.  I am not trying to be a nice person here. I admit that I also made mistakes and be cruel to others too... sometimes. But I did try my best to stop myself from doing those bad things.

So, the one and only advice is try to stay silent. It shows that you are mature enough when you stay silent about these things. Don't judge people if you don't want to be judged. Be nice and people will be nice to you. Trust me. It really worked. Though it takes time because there are a lot of bad people than the nice one. I wonder why...

Okey tu ja la aku nak cakap hari ni. Assalamualaikum!

Monday 6 April 2015

A Little Bit About Me

Assalamualaikum and helo people *wave*

Okey, so about me. Emmm... Jujur la aku cakap, aku ni bukan la perempuan biasa macam perempuan lain kat luar sana tu. Aku ada banyak sangat habit pelik. Ya, habit PELIK. Aku suka buat benda yang orang tak expect untuk aku buat. Contoh, aku suka baca manga (komik Jepun. Bagi sesiapa yang tak tahu. Eheh) dan tengok anime (kartun Jepun).

*Krik krik* Aku suka jugak makan ais. Atau lebih tepat lagi, kunyah ais. 24/7 aku kunyah ais. Sedap wei. Nikmat duniaaaa... Hahah. Okey, berbalik kepada topik. Aku berperangai macam budak budak. Walaupun umur aku dah 17 tahun 6 bulan 1 hari. Seriously, I act like a kid a lot. I mean, A LOT. Oh and I like to play games too. Hoho.

Tu antara benda benda pelik yang orang kata budak perempuan tak sepatutnya buat. Eh diri aku, suka hati aku aa. Hang sapa nak larang aku buat itu ini. Ahah just joking :)

Kalau dari segi appearance, aku biasa biasa ja. Takdak apa yang special pun. Semua nikmat cukup, sempurna dan takdak lebih takdak kurang. Alhamdulillah. Also, I'm not a make up person. Yeah, I don't like heavy make up. Berat muka weiii. Aku tak boleh la muka aku ni pakai concealer la foundation la dan segala mak nenek tu. Lemaih ceq! Aku pernah terpikir situasi camni:

"Nanti kalau aku nak kahwin nanti, pastu mak andam tu kena make up kat aku. Acane tu???"
"Hmm... Nanti takyah la kot mintak mak andam make up kat aku." Kata suara hati aku kepada suara otak aku.
"Betoi tu. Awat la aku tak terpikir camtu?" Kata suara otak aku pulak. Bagus bagus. *Give myself a pat on the back*

Aku mungkin boleh kata macam tu sekarang, satgi time aku kahwin entah entah mak andam kiri kanan duk make up aku. Haih. Takpa Ain, hang tak payah pikiaq semua tu lagi. Sekarang hang belajaq ja dulu. Nanti ada la jodoh tu. Hang jangan risau la. Tu kan janji Allah.

Err, why the heck am I talking about this? Nevermind that. Okey, so that is a little bit about me. Dah nama pun a little bit, so takyah banyak banyak. Itu saja pung pang untuk hari ni. Sekian, Assalamualaikum dan terima kasih sebab baca :D

Wednesday 1 April 2015

GST Oh GST!

Assalamualaikum dan err... *tengok jam dinding* selamat pagi? Ya, sekarang jarum jam sudah menunjukkan jam 1.07 pagi dan aku masih terjaga. Hoho poyo je ayat. Okey okey serius!

Emm so sementara gua sedang menunggu panggilan tersayang dari universiti or kolej or matrik, pohon-pohon anggur di rumah ini telah pun berbuah dengan lebatnya. Eheh. Dah boleh bukak bisnes jual anggur. Nampak tak betapa pehmalasnya
haku ni. Muahahah

Okey sekarang baru serius. GST hmm... Bila nampak perkataan ni, mulalah bising pasal harga barang naik, taxes, guna duit rakyat, macai ini macai itu dan macam-macam lagi yang aku sendiri malas nak taip. Inche gugel kan ada pergi tanya dia. First thing, it is about price especially groceries. Kita semua dah sedia maklum yang ada harga barang tertentu sudah naik. Maka bermulalah ayat pengomen tegar yang berbunyi begini:

"Harga barang naik, gaji tak naik-naik"

Lepas tu, pasal taxes. Ya ada cukai yang dikenakan lebih mahal berbanding GST tapi sejak kelahiran GST harga barang tsb jadi lagi murah. Aku budak lagi so ya lah mungkin aku tak rasa lagi penangan GST. Tunggu masa ja ni.

Then, ada pulak pasal perdana menteri guna duit rakyat beli jet. Benda ni dah ada orang tanya masa dalam parlimen baru-baru ni. Tapi end up tidak berjawab. Saja lari dari soalan le tu. Heh. Ada jugak cerita pasal perdana menteri menindas rakyat. Hmm tu aku no comment sebab aku mungkin setuju.

Ya lah... Cuba la jenguk-jenguk Youtube tu ha. Taip Bersamamu TV3. Anak ramai sekolah, rumah besar mana ja pun, tinggal kat ceruk tok kun, makan apa yang ada ja, gaji pun sat turun sat naik, kadang tu harap gov bagi duit. Tak rasa macam menindas ka? Depa benda yang sedia ada pun tak mampu nak beli. Ni kan pulak dah tambah GST.

Lain la dengan orang atasan. Duit dah berkepuk, rumah kalau boleh nak sebesar alam, makan kemain mewah, salary always consistent tak pun makin bertambah.

So back to the point, aku setuju GST ni memang untuk pembangunan ekonomi dan apa-apa jenis pembangunan la yang hangpa nak buat. Tapi jurang antara rakyat beza banyak dari segi ekonomi. So sangat tak sesuai sebab bukan semua orang ada gaji beribu riban. Also ianya merugikan banyak pihak.

And lastly, my advice for you guys out there. Jangan pung pang kemain. Nak kutuk maki pun agak-agak la. Kat dunia internet ni, petik jari ja hang boleh jadi viral. Maksud viral di sini bukan peymes ya. You are being judged simply by your attitude. So remember, when you talk, always bring your brain.

Assalamualaikum :D