Friday 10 April 2015

Lazy

Assalamualaikum.

Lazy jika dirujuk dalam kamus Oxford Inggeris-Bahasa Melayu bermaksud malas. Atau dalam kamus orang utara kami panggil malaih. Aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang malaih. Kalau nak buat satu kerja tu la, tak sah kalau aku tak procrastinate. Aku ingat lagi, dulu time aku kat sekolah teknik, aku akan bawak balik homework bila cuti panjang.

Bila balik asrama, semua orang kalut tanya homework sapa dah siap. Aku rilek ja duk kemas barang dalam loker (lebih kepada campak semua barang dalam loker. Tak kemas pun. Hahah). Lepas tu kunyah kunyah makanan sambil usha kawan kawan aku siapkan homework depa. Dua tiga orang dormmate aku tanya aku:

"Weh Ain, hang siap dah homework Chemist, Physics dengan Addmath?"
"Buku essay Chemist aku hilang, Physics ada yang tak siap. Addmath dah."
Actually aku dah lama buat Physics dengan Addmath. Dari sebelum start cuti lagi aku akan pulon bagi siap. Tapi tak siap jugak. And my friend will end up borrowing my homework and copy them ASAP.

Physics, Math dan Addmath merupakan subjek peberet aku la. Sebab semua kira kira. Semua pakai logik. Tu antara homework yang aku akan buat dulu. Yang lain aku anggap macam dah hilang dalam kebakaran setinggi 1500 meter. BM, Sejarah, Chemist dan Akaun antara homework yang aku memang takkan sentuh. As you can see, most of these subjects cause me to divide my brain into two equal part. One for literature and one for calculation. Err... I can't do both, duh. Bila orang tanya pasal 4 subjek tu, aku dengan selambanya jawab:

"Tak sentuh pun."
"Homework aku tu suci, bersih lagi berseri."
"Habuk apa pun tadak."

Dan macam macam lagi la jawapan aku. Mula mula tu depa terkejut sebab kenapa aku boleh rilek ja. Tapi lama lama tu depa pun dah lali dengan aku. So I said to myself, "Lepaih ni hang toksah duk gatai bawak balik homework. Buat berat beg ja! Bukan hang buat pun." Ya, selepas itu aku tak pernah lagi bawak homework balik rumah. Aku duk rumah tengok tv ja. That is because if I do bring them home, for sure I won't finish it. And I am a master of copying. So there should be no problem for me to finish it fast before my teacher ask for it. Heh! *Libas tudung*

I procrastinate a lot. So before I went back home for a two weeks school holidays, I pushed myself to the limit to finish all of it because I know I won't do it during the holidays. At that time, most of my friends were laughing and enjoying their time talking about plans to do when they're home. And there I was in the middle of the dorm, sitting near a study table, diligently doing my homework. My friends would go and said to me:

"Awai lagiiii... Hang duk buat rajin ni pasaipa?"
*Senyum tak ikhlas sebab rasa macam kena perli*
"Cuti nanti aku nak rilek puaih puaih!"
"Alaa... cuti pun belum hang dah start buat dah."
"Sebab aku ni pemalaih, so aku kena siapkan awai awai. Satgi bukan aku buat pun."

Kalau orang tanya, aku jawab camtu ja la. Lagipun, time tu kalau ada apa apa yang aku tak paham boleh aku tanya kawan. Kalau kat rumah, jenuh call tanya pasal homework. Perabih credit ja. Nasib baik GST takdak lagi time tu. Lega.

Tapi sepanjang aku buat tu, banyak sungguh perlian yang aku terima. Adeh stress jugak hotak aku ni. Takpa abaikan ja. Nasihat diri aku sendiri. Lepas cuti, baru la aku nampak pelangi di sebalik hujan. Happiness to me is when I see my friends work themself to death trying to finish their homework. Dulu kemain seronok gelak kat aku. Now who's the one laughing? Muahahahah.

Takdak la, memain ja. Aku tak gelak pun kat depa. Though deep down, I was glad I decided to do it before school holidays. Nampak dak moral of the story dia? Kalau hampa seorang procrastinator yang tegar seperti aku, aku galakkan hampa buat camni. Tu pun kalau hampa nak result bagus dalam SPM. Result aku tak cekang mana pun. Tapi alhamdulillah la. Kalau dah tangguh pun takmau buat jugak, result dapat teruk pun still buat taktau. Sila mati dengan segera ya. Okey, aku melawak ja. Baik hang takyah belajaq lagu tu. Haih.

Tu ja aku nak cakap untuk hari ni. Sekian, assalamualaikum.

No comments: