Friday 5 June 2015

Aku Kat KMPk

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke sebelas aku kat KMPk. Masa datang sini, aku rasa cuak yang amat. Dulu masa daftar kat sekolah teknik aku tak rasa macam ni pun.

Dalam dorm ada 4 orang, currently. Katil kosong ada lagi 1. Second intake coming soon. Senior yang third sem dah masuk dan majoriti pilih blok yang paling dekat dengan kafe dan kelas. Masa minggu MPPB, minggu paling memenatkan. Rush ke sana sini. KMPk tu dah la berbukit bukau. Nak pi masjid ada bukit, pi dewan ada bukit, pi kelas ada bukit, pi kafe pun ada bukit. Siap ada lagu bukit lagi. Memang berpeluh macam ayaq terjun la.

Aku budak sains modul 2. Dulu aku budak akaun. Kawan kawan aku majoriti expect aku untuk ambik akaun. Bila depa dapat tau aku ambik sains modul 2 depa terkejut. Satu ja sebab dia. Aku takleh bawak akaun. Dulu pun aku merangkak jugak la study akaun. Biasa la, kualiti otak tak berapa nak tip top sikit. Ajaibnya, aku dapat A untuk akaun. Kerja kursus tolong memang buleh la.

So, nak mudahkan cita, sains modul 2 ada 4 subjek. 2 subjek wajib which are maths and chemistry. 2 lagi physics and science comp. Baru first week aku study kat sini tapi sejak hari isnin lagi aku duk ngadap fizik. Budak bio semua kata kat aku "Nasib baik lah aku tak ambik fizik!"

I admit it. Physics is difficult. No doubt about it. Lepas tu, matrik pulak memang style ajaq lelaju. Aku dah habis dah physics chapter 1 pasal vector. Aku memang stress habih la sebab tengok fizik 5 hari 5 malam. Subjek lain macam dah takda ruang nak mencelah masuk dalam otak aku. Time kuliah tengok fizik, balik kuliah tengok fizik, malam tengok fizik. Dan begitulah prosesnya untuk sepanjang first week aku study kat sini. Menyedihkan.

Hari tu, lec math mintak kami fill in pasal cita cita. Ah sudah! Aku nak jadi doktor tapi dah sesat dalam kelas ni. Kelas yang takda subjek bio. Takkan la aku sorang sorang ja nak buat rare pi tulis cita cita nak jadi doktor. Dapat kat aku kertas tu, aku check. Engineer, engineer, architect, engineer, dan engineer! Aduh apa aku nak bantai ni. Ha aku pun buh la architect sebab dulu aku nak jadi architect. Haih. Tak tercapai le hasrat aku nak jadi doktor. Dulu sesat ke akaun. Sekarang terpesong pulak ke architecture.

Kat matrik boleh tukar course dengan modul. Aku boleh ja tukar modul sama ada nak pi modul 1 atau 3. Selalunya kalau nak jadi doktor better modul 1 la. Lagipun depa selalu dahulukan budak modul 1 kalau dalam bab bab cari kerja. Tapi aku susah nak menghafal. Belajaq kat matrik pulak 10 bulan ja. Memang idok le kawe nok ambek bio. Bila aku stress ja aku suka cari kawan aku yang duk kat matrik perlis. Dia lah tempat aku lepas stress aku. Mangsa bebelan aku. Muahahahah. Maseh kawan sebab masih sabar melayan perangai aku yang pelik ni.

Walaupun aku dikelilingi oleh budak Perak dan KL, jangan risau. Aku masih setia dengan loghat Penang. Kawan kawan semua duk aku ko aku ko. Then ada sorang budak pelik ni duk aku hang aku hang dengan semua orang. Yep, that's me. Supposedly, kalau aku duk Perak memang konfom la aku akan cakap macam orang Perak atau KL. But nooooo. It didn't happen. Dan kawan aku kata aku comel cakap dalam loghat Penang. Hoho bangga sat. Aku ada kawan dengan budak ganu. Buleh doh kecek ganu siket. Even aku originally from ganu aku tak reti pun kecek ganu. Buat malu ja kan. Sorry Terengganu.

Wokeh, aku pun dah taktau nak cakap pasal apa sekarang. Mata pun suda berpinar. So, ambo mengundo diri dulu.

Assalamualaikum.

No comments: